Keperluan dan Kebaikan Memasang Perangkap Minyak di Rumah dan Kawasan Perumahan
Keperluan untuk memasang perangkap minyak selalunya diwartakan kepada pengusaha-pengusaha perniagaan makanan sahaja seperti Restoran, cafe, kantin, medan selera dan sebagainya. Ini adalah disebabkan premis-premis sebegini menghasilkan kadar aliran sisa minyak dalam kuantiti yang banyak setiap hari.Keperluan yang ditetapkan kepada pengusaha ini tidak memadai untuk memastikan kadar pencemaran hasil dari sisa minyak dapur ini dapat dibendung sepenuhny. Dengan adanya keperluan untuk memasang perangkap minyak ini di rumah-rumah dan juga kawasan perumahan, kawalan terhadap sisa minyak ini dapat di buat lebih menyeluruh lagi. Kebaikan pemasangan perangkap minyak adalah seperti digariskan di bawah :
![]() |
Saluran Paip tersumbat |
![]() |
Longkang tersumbat |
1. Dapat mengelakkan sistem paip setiap rumah (samada rumah teres atau strata) dan juga premis perniagaan berpusat dari tersumbat atau kerosakan yang memerlukan pengantian
2. Dapat mengelakkan sistem pembetungan dan kumbahan dari dibanjiri sisa-sisa minyak. Ini dapat mengurangkan masalah kepada pihak PBT dan juga IWK.
3. Dapat mengelakkan sistem perparitan dan longkang dari tersumbat dan punca bau busuk.
![]() |
Banjir |
4. Dapat menjadikan persekitaran perumahan lebih bersih dan mengelakkan dari menjadi lokasi pembiakan haiwan pembawa
penyakit
5. Dapat mengurangkan kemungkinan berlaku banjir akibat dari sistem perparitan dan longkang tersumbat.
6. Dapat memantau penyelenggaraan dan pembersihan dengan lebih sistematik disebabkan lokasi penyelenggaraan adalah statik dan lebih teratur.
Untuk matlumat lanjut sila hubungi:
📞 Pn Liliyana - 0123289291
www.wasap.my/+60123289291/PerangkapMinyak
www.wasap.my/+60123289291/PerangkapMinyak
📞 En Firdaus - 0126079291
www.wasap.my/+60126079291/PerangkapMinyak
www.wasap.my/+60126079291/PerangkapMinyak
Atau layari laman web rasmi syarikat kami: http://www.kualitialamhijau.com/
Comments
Post a Comment