SOALAN LAZIM PERANGKAP MINYAK
Hai blogger, tajuk hari ini saya akan senaraikan beberapa soalan lazim berkenaan Perangkap Minyak untuk korang.
APA ITU PERANGKAP MINYAK?
Perangkap minyak adalah alat yang berfungsi mengasingkan sisa makanan, minyak dan gris dari air buangan sebelum air tersebut di alirkan ke sistem perparitan.
BAGAIMANA PERANGKAP MINYAK BERFUNGSI?
Air limbah dari sinki, tempat masak dan tempat membasuh disalurkan ke dalam perangkap minyak melalui paip inlet. sisa makanan yang terkandung dalam air limbah ini akan tersangkut pada penapis dan air serta minyak akan mengalir ke bahagian tengah melepasi dinding baffle pertama. Memandangkan minyak lebih ringan dari air, maka minyak akan terapung di bahagian atas manakala air duduk di bahagian bawah. Paras air dalam perangkap minyak pada setiap masa adalah mengikut paras outlet paip di outlet chamber. Setiap kali air limbah masuk, air akan mengalir melepasi di bahagian bawah dinding baffle dan air berlebihan akan keluar melalui paip outlet ke sistem pembetungan atau ke longkang awam. Sisa makanan yang terperangkap perlu di kutip setiap hari dan bakul penapis di bersihkan dari masa ke masa.
ADAKAH PERANGKAP MINYAK PERLU DI SELENGGARA?
Ya, ia perlu diselenggara dan di bersihkan seperti enjin kereta anda! Perangkap minyak akan terkumpul banyak sisa-sisa buangan serta mendakan disebabkan oleh amalan dapur yang tidak sihat. Sisa-sisa (beg plastik, sarung tangan, straw) yang di jumpai dalam perangkap minyak sangat membimbangkan! ia boleh menyebabkan paip tersumbat dan menyebabkan air kotor melimpah balik ke dapur anda! ia juga bole menyebabkan air kotor melimpak ke kedai-kedai lain yang berkongsi satu paip bersama anda!
ADAKAH PERNIAGAAN SAYA PERLU ADA PENGEPAMAN PERANGKAP MINYAK?
Semua bahagian luaran dan dalaman mesti di selenggara dengan cara asas yang telah di tetapkan. Biasanya perniagaan seperti restoran, hotel, hospital, kilang dan memana industri makanan perlu perkhidmatan megepam perangkap minyak.
MENGAPA SAYA PERLU MEGEPAM PERANGKAP MINYAK SAYA?
Perangkap minyak yang tidak di pam akan menjadi punca sistem perparitan berjalan tidak lancar, dan tersumbat hingga menimbulkan kacau ganggu dan bau yang busuk. Bila gris dan serpihan yang tinggal duduk di dalam dan tidak di pam keluar, gris dan emulsi minyak tengik akan mula jadi tersumbat.
Untuk matlumat lanjut sila hubungi:
📞 Pn Liliyana - 0123289291
www.wasap.my/+60123289291/PerangkapMinyak
www.wasap.my/+60123289291/PerangkapMinyak
📞 En Firdaus - 0126079291
www.wasap.my/+60126079291/PerangkapMinyak
www.wasap.my/+60126079291/PerangkapMinyak
Atau layari laman web rasmi syarikat kami: http://www.kualitialamhijau.com/
Comments
Post a Comment