PENCEMARAN MINYAK DAN GRIS.

PENCEMARAN MINYAK DAN GRIS


  • Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di masyarakat kita. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar. 
  • Pencemaran yang dimaksudkan seperti pembuangan sisa minyak dan gris ke dalam longkang awam secara sengaja atau tidak sengaja menyebabkan perubahan kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan melepaskan bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan manusia, haiwan, hidupan air akuatik atau tumbuh-tumbuhan.
  • Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pencemaran air, tanah dan udara. Kesan pencemaran minyak dan gris ini boleh menyebabkan kesan kepada kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni kehidupan-kehidupan di sungai dan tasik seperti rumai air, burung, ikan dan kehidupan lain.
  • Masalah pencemaran minyak dan gris oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa dan ia perlu ambil tindakan. Syarikat yang terbabit melakukan kegiatan tersebut perlu mendapatkan nasihat dari pembekal alat perangkap minyak. Jika sudah mendapatkan nasihat dari pihak tertentu, masalah longkang yang berbau dan tersumbat boleh dielakkan dan boleh menjalankan perniagaan seperti biasa dan senang hati tanpa gangguan dari masyarakat keliling dan juga dari pihak berkuasa.
  • Pemasangan perangkap minyak sangat serius oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menepati kehendak peraturan-peraturan Kualiti Alam sekeliling (buangan-terjadual) 2005. Perangkap minyak perlu dipasang dipremis yang menjalankan memproses makanan dan juga industri berkaitan minyak seperti stesen minyak, pusat servis kereta dan kilang.
  • Perangkap minyak sangat berkesan dalam mengasingkan minyak daripada air bagi mengurangkan minyak dan gris disalurkan secara langsung ke longkang awam. Marilah kita bekerjasama dalam memastikan Kualiti Alam Sekitar kita terjaga dan cantik untuk negara dan generasi yang akan datang.


Untuk matlumat lanjut sila hubungi:

Comments