APA ITU PERANGKAP MINYAK (GREASE TRAP) ?
  • Perangkap Minyak adalah alat yang berfungsi untuk mengasingkan sisa makanan, minyak dan gris dari air buangan sebelum air tersebut dialirkan ke sisttem perparitan.
  • Pemasangan Perangkap Minyak merupakan salah satu kaedah yang paling praktikal dalam menangani masalah pencemaran kepada sistem saliran terutamanya longkang.
  • Alat Perangkap Minyak adalah tangki yang ringan, tahan lasak serta mudah alih. Perangkap Minyak yang kami tawarkan mematuhi syarat-syarat dan Spesifikasi Kejuruteraan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
KENAPA PERANGKAP MINYAK DI PERLUKAN ?
  • Merupakan salah satu SYARAT PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN daripada pihak PBT.
  • Premis makanan telah dikenalpasti sebagai salah satu penyumbang utama terhadap pencemaran sistem aliran dan kualiti air bawah tanah.
  • Kualiti air buangan daripada premis makanan pada umumnya mengandungi banyak lemak, minyak dan sisa makanan hasil daripada pembasuhan bahan mentah untuk masakan dan pembersihan peralatan dapur.
  • Mengelakkan sistem paip sanitari dan pembentungan dari tersumbat oleh lemak minyak dan gris.
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN ALAT PERANGKAP MINYAK?

Mana-mana tempat atau premis penyediaan makanan di mana makanan di jual, sama ada disediakan di situ atau tidak, dan termasuklah ⇩⇩⇩
🔎 Kedai makan
🔎 Hotel 
🔎 Kafeteria 
🔎 Kantin
🔎 Restoran 
🔎 Kompleks penjaja
🔎 Taska/Tadika yang menyediakan makanan
🔎 Lain-lain perniagaan makanan di mana terdapat aktiviti basuhan yang menghasilkan air buangan dan sisa makanan sebagaimana termaktub di  dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983  




PERANGKAP MINYAK BAWAH SINK (STAINLESS STEEL)


PERANGKAP MINYAK BAWAH SINK (FIBRE GLASS)




PERANGKAP MINYAK BAWAH TANAH






Untuk matlumat lanjut sila hubungi:

📞 Pn Liliyana - 0123289291
www.wasap.my/+60123289291/PerangkapMinyak

📞 En Firdaus - 0126079291
www.wasap.my/+60126079291/PerangkapMinyak
      


Atau layari laman web rasmi syarikat kami: http://www.kualitialamhijau.com/



Comments