KEPENTINGAN PENGGUNAAN PERANGKAP MINYAK  (GREASE TRAP) DI PREMIS MAKANAN




Akhbar Utusan Malaysia pada 19 Julai 2010

Pada masa kini, pencemaran sungai telah menjadi satu masalah yang serius di Malaysia. Lazimnya  pencemaran ini adalah berpunca dari aktiviti yang dijalankan oleh manusia sendiri. Antara punca yang telah dikenalpasti adalah pelepasan sisa makanan, minyak atau gris dari premis makanan ke dalam air sungai. Merujuk kepada kajian lembangan sungai yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan Rancangan Malaysia  Ke Sembilan (RMK-9), salah satu penyumbang utama pencemaran sungai yang dikenalpasti adalah air limbah dari premis makanan (Rancangan Malaysia Ke Sembilan, 2006). Kandungan air limbah dari premis makanan mengandungi kuantiti lemak, minyak dan sisa makanan yang agak tinggi yang berpunca dari aktiviti memasak, mencuci bahan makanan dan peralatan memasak.


Akhbar Utusan pada 21 Oktober 2013

Bagi mengatasi masalah pencemaran air sungai, negara-negara maju sudah lama memperkenalkan Perangkap Minyak dan mengenakan syarat pemasangannya di premis makanan, Perangkap Minyak adalah sejenis alat yang di pasang di premis makanan untuk mengasingkan sisa makanandan minyak dari air limbah. Ini bertujuan bagi menapis air limbah dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan. Pemasangan perangkap minyak di premis makanan merupakan langkah yang paling praktikal dalam menangani masalah pencemaran air sungai dari sisa makanan, minyak dan gris. Terdapat dua jenis perangkap minyak di pasaran  yang pertama jenis komunalyang dipasang untuk menampung bagi beberapa premis makanan dan yang kedua adalah jenis individu bagi yang dipasang bagi setiap premis. Kapasiti perangkap minyak adalah mengikut kuantiti air limbah yang terhasil. Bahan yang digunakan bagi membina perangkap minyak, adalah konkrit bagi jenis komunal stainless steel atau fiber glass bagi jenis individu.




Rajah 1 : Komponen asas perangkap minyak


  1.  - Paip inlet ke perangkap minyak
  2.  - Penapis (bakul) jenis stainless steel/plastic
  3.  - Dinding pemisah baffle jenis konkrit/stainless steel/fibreglass
  4.  - Outlet chamber
  5.  - Paip outlet ke longkang/sistem pembentungan


Air limbah dari sinki, tempat masak dan tempat membasuh disalurkan ke dalam perangkap minyak melalui paip inlet. Sisa makanan yang terkandung dalam air limbah ini akan tersangkut pada penapis dan air serta minyak akan mengalir ke bahagian tengah dinding baffle pertama. Memandangkan minyak lebih ringan dari air, maka minyak akan terapung di bahagian atas manakala air duduk di bahagian bawah. paras air dalam perangkap minyak pada setiap masa adalah mengikut paras outlet paip di outlet chamber. Setiap kali  air limbah masuk, air akan mengalir melepasi di bahagian bwah dinding baffle dan air berlebihan akan keluar melalui paip outlet ke sistem pembentungan atau ke longkang awam. Sisa makanan yang terperangkap perlu di kutip setiap hari dan bakul penapis di bersihkan. Minyak yang kumpul di bahagian atas di perangkap minyak akan beku dan perlu di bersihkan dari masa ke masa. Cara untuk melupuskan kedua-dua sisa ini adalah dengan dimasuk ke dalam karung plastik dan dilupuskan sebagai sisa dapur.




Untuk matlumat lanjut sila hubungi:

📞 Pn Liliyana - 0123289291
www.wasap.my/+60123289291/PerangkapMinyak

📞 En Firdaus - 0126079291
www.wasap.my/+60126079291/PerangkapMinyak
      


Atau layari laman web rasmi syarikat kami: http://www.kualitialamhijau.com/




Comments